Saturday, September 1, 2012

TEMBERANG CAPATI TERBONGKAR !!!!




Malang sungguh nasib Najib kerana dikelilingi oleh orang-orang yang hanya bijak untuk mengampu dirinya..



Najib semalam kelihatan ceria bila Rais Yatim mengumumkan sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.



Tapi dalam masa tak sampai 24 jam pengumuman Rais dipertikaikan oleh Politweet.Org..



Ini laporan dariMalaysiakini..




Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.







Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.



Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.







Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.



TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.



"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.



Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.



Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar - Malaysiakini



Dalam kes ini.. Rais Yatim telah menggunakan khidmat penipu yang diberikan elaun.. oleh kerana Rais telah menggunakan khidmat penipu, dia telah ditipu..



Yang menjadikan Rais mudah ditipu dalam hal ini ialah kerana beliau bukanlah membesar di era IT ini.. jadi apa yang dia tahu pasal IT agaknya?



Setelah ditipu oleh penipu-penipu yang dibayar elaun olehnya, Rais pula menipu Najib.. kesian kat Najib kena tipu dengan Rais..



Kalau nak cari kesemua 38% Twitter hantu tu.. boleh mampus!!



Tapi cuba korang tengok tiga account Twitter ni.. ketiga-tiganya adalah dari akaun yang berbeza, seorang Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India..



Ini akaun Mansor Nor







Ini pula akaun Tan Chor Khai







Ini pula adalah akaun Nadaraja..







Nampak tak apa yang sama.. ayat yang sama diguna oleh ketiga-tiga pemilik akaun yang berbeza bangsanya di Tweet pada masa yang sama..



Lebih jelas tengok yang di bawah ni..















Itu baru tiga... kat bawah ni pula menunjukkan 66 pengguna Tweet benda yang sama pada satu masa yang sama..







Yang pula lagi hebat.. 111 pengguna Tweet benda yang sama pada masa yang sama..







Mana pencacai yang komen "Panas Punggung la Pakatan Rakyat"



Dan "kalau sebanyak 3.6 juta tweet yg dicatatkan dalam masa sejam dlm akaun
DSNTR dan ini satu fenomena yg luar biasa yg tidak pernah berlaku ke
atas mana2 pemimpin di dunia ini.ini telah menunjukkan kpd kita yg
sokongan atau kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan DSNTR semakin
meningkat" kat ( SINI ) tadi tu??



Mudah saja korang kena tipu dengan si Najib tu.. itulah dulu sekolah malas.. sekarang kan dah bodoh..



Bila dah bodoh.. kan mudah saja nak diperbodohkan oleh si Najib dan Rais Yatim tu... kah..kah..kah...



Nasib baiklah aku tak bodoh macam korang.. kalau aku bodoh dah tentu aku sokong UMNO..

darisungaiderhaka

No comments:

Post a Comment